Posted by .kAixiAn. | Posted in | Posted on 5:59 PM

Pengetua,

Penang Free School,

Jalan Masjid Negeri,

11500, Pulau Pinang.




Pelajar Kelas 4 Gigih,

Penang Free School. 29 JULAI 2009


Aduan Tentang Guru Fizik dan Sivik (Encik Lim Peng Chew)


Merujuk kepada perkara diatas, kami Pelajar 4 Gigih ingin membuat aduan terhadap seorang guru di sekolah ini. Beliau ialah Encik Lim Peng Chew.

1. Beliau tidak mengajar subjek Sivik sejak dari awal tahun lagi. Beliau tidak mempedulikan subjek tersebut dan enggan mengajar subjek tersebut. Encik Lim Peng Chew juga menyatakan bahawa Sivik tidak termasuk dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Beliau juga sentiasa bermain dengan pelajar kelas lain semasa mengajar subjek Fizik di makmal. Beliau juga selalu meraba anggota pelajar atau mengacau pelajar lain. Encik Lim Peng Chew juga menggunakan perkataan-perkataan lucah yang berkenaan dengan hal-hal negative seperti hal-hal seksualiti.

3. Encik Lim Peng Chew juga mengutuk dan memaki guru-guru lain yang mengajar di sekolah ini. Beliau telah menyatakan bahawa guru-guru lain yang mengajar di Penang Free School tidak berkualiti. Beliau juga berpendapat bahawa semua pelajar 4 Gigih tidak pandai serta tiada gunanya mengajar kelas tersebut. Kata-kata ini selalu diluahkan, ‘You all stupid, no use I teach your class.’

4. Selain itu, beliau juga mempromosikan kelas tuisyen yang beliau mengajar. Beliau hanya mengajar pelajar-pelajar jika mengikuti tuisyennya atas tujuan komersial. Cara beliau mengajar di kelas tuisyen dan di sekolah juga agak berbeza. Beliau tidak memberi tumpuan penuhnya apabila mengajar di sekolah, tetapi beliau mengajar dengan bersungguh-sungguh dan memberi sepenuh tumpuannya apabila di kelas tuisyennya.

5. Beliau juga telah mengantagonasikan pelajar dari mula tahun. Beliau pernah mencabar murid memukul dia dan telah melempar keluar beg muridnya semasa peperiksaan dijalankan.

6. Beliau juga bercakap buruk tentang hal-hal agama dan isu-isu politik yang sensitif dalam kelas beliau. Beliau juga ingin mewujudkan rusuhan kaum secara tidak langsung.

7. Separuh masa daripada subjek beliau mengajar, beliau menggunakan komputer riba beliau untuk menonton wayang. Beliau juga menyatakan bahawa dia lebih rela untuk menonton wayang daripada mengajar kelas 4 Gigih.

Kami berharap agar Tuan Pengetua mengambil tindakan yang sewajarnya atas Encik Lim Peng Chew.

Sekian, terima kasih.

Daripada Pelajar Kelas 4 Gigih

Comments Posted (0)